PAMPLET, BROSUR, IKLAN, TAWARAN DAN SOAL-JAWAB


PAMPLET DAN BROSUR


DEPAN




BELAKANG


DEPAN


BELAKANG





IKLAN DAN TAWARAN







HELAI 1

HELAI 2



SOAL - JAWAB




Soal : Apakah tujuan penubuhan kilang PDRK Preserved Food Sdn.Bhd.?


Jawab :
 Tujuan utama penubuhan kilang ini ialah untuk mengeluarkan produk-produk daripada buah-buahan tempatan yang dihasilkan oleh petani-petani sama ada secara berkelompok atau perseorangan dalam bentuk halwabuah-buahan,air minuman buahan,skuas buahan dan lain-lain produk berkaitan dengan buah-buahan tempatan bagi maksud meningkatkan lagi taraf hidup petani tempatan.










Soal : Bagaimana idea ini tercetus ?


Jawab :
 Penubuhan kilang ini adalah
hasil ilham dan idea Duli Yang Maha Mulia Raja Perempuan Kelantan sendiri.
Sebagai Raja yang prihatin, baginda menyedari bahawa terdapat petani-petani tempatan yang menanam hasil-hasil pertanian seperti Labu,Betik,Nenas dan Pisang pada masa-masa yang tertentu tidak dapat memasarkan hasil-hasil pertanian mereka.Dengan itu,petani hanya menanam secara kecil-kecilan sahaja.
Jadi dengan adanya kilang seperti ini,maka para petani boleh dan digalakkan menanam secara komersil kerana ada pihak yang akan membeli hasil pertanian
mereka iaitu PDRK Preserved Food Sdn.Bhd.








Soal : Bilakah kilang ini beroperasi dan hingga kini apakah produk - produk yang telah dikeluarkan/dihasilkan.

Jawab :
 Kilang ini telah beroperasi sejak Mei 2009 secara ujilari produk selama 3 bulan (hingga Julai 2009) dan sejak itu kita mula mengeluarkan produk-produk berikut :-

  • Halwa Betik
  • Halwa Labu
  • Halwa Nenas
  • Halwa Pisang
  • Halwa Roselle
  • Halwa Vitato
  • Halwa Tembikai Wangi
Sejak itu sehingga Jun 2010, sebanyak 4..056 tan produk dapat dikeluarkan.








Soal : Bagaimana dengan status peralatan kilang dan taraf yang dicapaikan?


Jawab :
 Produk Halwa buah-buahan yang dikeluarkan oleh kilang ini adalah berteknologi tinggi dan moden kerana produk ini menggunakan Teknologi Hampagas dengan peralatan canggih.Kesemua peringkat pengeluaran produk adalah dengan menggunakan mesin-mesin seperti mesin membasuh,mesin mengukus danmesin mengering Produk kilang ini adalah halal.Kilang mempunyai Sijil Halal dan sedang menuju GMP.
Baiknya kerana produk keluaran PDRK Preserved Food Sdn.Bhd. adalah :




- Halal lagi baik


- Tanpa Pewarna Tiruan


- Tanpa Pemanis Tiruan


Diproses menggunakan Air Bertapis (RO Water)





  Soal : Bagaimana dengan pasaran?


Jawab :
 Sehingga kini,(Jun 2010) boleh dikatakan kita baru memasuki pasaran.Pada masa sekarang produk
kita dipasarkan di :-
 
  •  Kiosk/kedai PDRK di Tesco,KotaBharu,Kelantan.

  •  Kiosk/kedai PDRK di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra,Pengkalan Chepa,Kota Bharu,Kelantan.

  •  D’Halal Shop,Jalan Kuala Krai,Kota Bharu Kelantan

  •  Kedai As-Shafiq,Tingkat bawah KB Mall Kota Bharu Kelantan

  •  Kedai An-Najjah Wakaf Bharu,Tumpat Kelantan.

  •  Kelantan Delight (HAIS) Stesen Minyak ESSO,Pasir Pekan Tumpat Kelantan

  •  Hais Trading,Tingkat bawah KB Mall,Kota Bharu Kelantan







Selain dari kiosk PDRK sendiri yang terletak di bangunan hadapan kilang.
Kita juga dalam perbincangan akhir dengan petronas dagang bagi memasuki kedai Mesra diStesen minyak Petronas.Kita juga menerima tempahan daripada Jabatan Penjara Malaysia,PengkalanChepa Kelantan untuk perbekalan penghuni penjara seluruh malaysia.PDRK Preserved Food Sdn.Bhd. telah melantik MARDITECH sebagai Perunding pemasaran bagi mendapatkan pasaran-pasaran dalam dan luar negara.







 Soal : Bagaimana dengan penglibatan para petani tempatan?

 
Jawab :
Melalui Jabatan Pertanian Negeri Kelantan satu ladang kontrak yang melibatkan 200 orang petani dengan keluasan 59.8 hektar telah diwujudkan bagi menanam buah-buahan seperti labu,betik,nenas dan pisang.Setakat ini ladang kontrak menyumbangkan sebanyak 60 peratus bekalan buah- buahan mentah manakala 40 peratus lagi dibekalkan oleh petani-petani perseorangan.Kesimpulannya kita menggalakkkan petani-petani tempatan menanam tanaman buah-buahan seperti yang dimaksudkan dan pihak kilang akan membelinya. Petani-petani yang terlibat adalah di jajahan Kota Bharu,Tumpat,Pasir Mas.Pasir Puteh,bachok,Tanah Merah,Kuala Krai,Jeli,Gua Musang.










Soal : Apakah masalah yang dihadapi oleh kilang ini sepanjang tempoh beroperasi kira-kira selama setahun yang lepas.


Jawab :
Yang pertama..... Kilang ini masih belum mempunyai beberapa peralatan lagi yang boleh meningkatkan pengeluaran halwa buah-buahan tempatan.


Yang kedua.....Didapati produk hasil keluaran kilang ini tidak mencapai tahap optima kerana ada beberapa produk lagi yang boleh di keluarkan berikutan dengan produkhalwa yang dihasilkan kini bagi mengoptimakan pengeluaran.Misalnya dengan produk halwa kini yang diproseskan secara moden berteknologi tinggi menggunakan mesin penyirapan hampagas tertutup terdapat pengeluaran sirap buah-buahan.Sirap ini boleh digunakan lagi pengeluaran produk seperti skuas buah-buahan dan air minumanbuah-buahan.Ini memerlukan mesin pemprosesan air minuman dan skuas.Ruangan bagi penempatan mesin tersebut telah tersedia kerana sejak penubuhan dulu pun pernah dikira demikian.Pemprosesan halwa buah-buahan secara moden ini juga adalah dengan menggunakan air RO terutamanya bagi membasuh/mencuci dan merendam buah-buahan lagi bertujuan untuk mengekalkan rasa,aroma,dan keaslian rasa buahberkenaan.Mengapa tidak air RO ini yang hanya dengan menambahkan sedikit lagi peralatan dikeluarkan secara air minuman berbungkus.
Dalam pemprosesan produk halwa buah-buahan ini terdapat sisa-sisa daripada bahan mentah seperti kulit,biji,tangkai,empulur dan sebagainya. Kita dapati 30 – 45 peratus daripada buah-buahan yang diproses menjadi sisa buangan.Sisa-sisa ini juga boleh diproses dan menghasilkan: -


 Cuka Makan Asli


 Baja Kompos


 Makanan Ternakan










Soal : Apakah pengharapan masa depan Kilang PDRK Preserved Food Sdn.Bhd.


Jawab :
Kalau dikategorikan dari perspektif ekonomi maka kilang PDRK Preserved Food Sdn.Bhd. dikategorikan sebagai usahawan utama yang memproseskan Keseluruhan produk yang sedia ada
juga peringkat optima tadi,maka sudah tentu mewujudkan usahawan sokongan dan usahawan hiliran apatah
lagi golongan asas seperti petani.Kita mengharapkan taraf hidup petani
(Sebagai usahawan asas) yang menghasilkan pelbagai buah-buahan akan dapat dipertingkatkan taraf hidup
mereka.Manakala usahawan sokongandan usahawan hiliran dapat diwujudkan melalui pelbagai kegiatan.






NIKMATI D'MANIS

" SNEK BUAH-BUAHAN UNTUK SEMUA"

"FRUITY SNACK FOR ALL"


OXY COOL

" SESEJUK SEJERNIH EMBUN PAGI "




PENGELUAR PRODUK:


( Halwa Buah-buahan, Kordial, Minuman Buah-buahan Kering ( Pisang, Betik, Labu, Nenas )

Jenama D' MANIS dan R.O Water Jenama OXY COOL





TERIMA KASIH

"SILA KUNJUNGI LAGI"

_______________________________________________________________________